Friday 27 March 2015

PEKAN SEHARI TEMERLOH

Pagi tadi aku ke pekan sehari temerloh bersama suami dan anak-anak tercinta. Rutin ini merupakan rutin mingguan kami sekeluarga memandangkan barang-barang yang dijual di pekan sehari semuanya segar-segar. Setelah penat membeli barang keperluan dapur, tibalah tempat yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga setelah penat membeli barang iaitu MAKAN TIME...hehe...

Terdapat beberapa tempat makan di pekan sehari temerloh..kami memilih sebuah kedai sebaris dengan kedai peralatan mesin jahit baizudin dan bersebelahan dengan kedai orang yang membuat roti canai...nama kedai tersebut saya dah tak ingat tapi makanan kegemaran kami sekeluarga di situ ialah NASI KERABU...dalam banyak-banyak kedai nasi kerabu di temerloh yang pernah saya makan, kedai inilah yang paling sedap sekali.

Kalau rakan-rakan tak perc
aya cubalah dulu pasti tahu.......SEKIAN...

suasana pekan sehari temerloh

SELERA IKAN PATIN..WOWW!!..

Ikan patin masak tempoyak merupakan makanan yang sangat popular dan sangat digemari masyarakt di negeri pahang. ikan patin boleh didapati khususnya di sungai pahang. Sejarah masakan ini bermula dari salah sebuah daerah di negeri pahang. Itu serba sedikit tentang sejarah masakan ikan patin..

SEBENARNYA saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua berkenaan dengan sebuah restoran IKAN PATIN berdekatan dengan sungai pahang di daerah temerloh yang saya lawati baru-baru ini. Masakan ikan patinnya sangat sedap jika dibandingkan dengan restoran lain. sepanjang saya menikmati masakan tersebut, sempatlah saya menyelidik apakah bahan yang menyedapkan masakan tersebut iaitu tukang masak tersebut memasukkan banyak tempoyak dan membuatkan gulai ikan patin tempoyak tersebut menjadi likat dan sedap. Harganya sangat berpatutan dan keluasan kedai tersebut juga agak luas dan selesa.



Masakan gulai patin masak tempoyang

KURSUS PENGHASILAN BLOG

TARIKH: 28 MAC 2015 (SABTU)
TEMPAT:MULTIMEDIA KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
LOGO KOLEJ KOMUNITI MENTAKAB
KOLEJ KOMUNITI MENTAKAB