Friday 27 March 2015

SELERA IKAN PATIN..WOWW!!..

Ikan patin masak tempoyak merupakan makanan yang sangat popular dan sangat digemari masyarakt di negeri pahang. ikan patin boleh didapati khususnya di sungai pahang. Sejarah masakan ini bermula dari salah sebuah daerah di negeri pahang. Itu serba sedikit tentang sejarah masakan ikan patin..

SEBENARNYA saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua berkenaan dengan sebuah restoran IKAN PATIN berdekatan dengan sungai pahang di daerah temerloh yang saya lawati baru-baru ini. Masakan ikan patinnya sangat sedap jika dibandingkan dengan restoran lain. sepanjang saya menikmati masakan tersebut, sempatlah saya menyelidik apakah bahan yang menyedapkan masakan tersebut iaitu tukang masak tersebut memasukkan banyak tempoyak dan membuatkan gulai ikan patin tempoyak tersebut menjadi likat dan sedap. Harganya sangat berpatutan dan keluasan kedai tersebut juga agak luas dan selesa.



Masakan gulai patin masak tempoyang

No comments:

Post a Comment